Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PM selesai menghadap Agong, dipercayai sembah cadangan senarai Kabinet

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan perkarangan Istana Abdulaziz di sini, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan cadangan senarai nama menteri Kabinet.

Kenderaan dinaiki beliau beredar dari istana pada pukul 1.38 tengah hari dan Ismail Sabri sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurufoto yang menanti di laluan utama ke Istana Abdulaziz.

Para wartawan dan jurufoto yang menanti di laluan utama ke Istana Abdulaziz.

Terdahulu, Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.

Turut bersama perdana menteri ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tags: #bm, Agong

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan