Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perlumbaan Katak Antarabangsa Borneo ada tarikannya tersendiri

KUCHING: Meskipun Perlumbaan Katak Antarabangsa Borneo Kesembilan yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diadakan secara maya, namun ia kekal mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Menurut Menteri, Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, penganjurannya berjaya mengumpulkan pakar amfibia serta pemuliharaan selain pencinta alam.

“Saya dimaklumkan kita menerima sambutan memberangsangkan dan mempunyai penyertaan daripada semua bahagian di Borneo.

“Sarawak telah memperlihatkan dirinya sebagai ‘tuan rumah’ acara yang mengumpulkan hampir 120 spesies amfibia,” katanya ketika berucap merasmikan Perlumbaan Katak Antarabangsa Borneo Kesembilan yang berlangsung secara atas talian menerusi aplikasi Zoom dan Facebook rasmi Unimas.

Katanya lagi, sama seperti tahun sebelum ini mereka mengalu-alukan ekopelancongan, ahli konservasi, saintis, pengurus sumber, pelajar dan yang lain dalam acara tahunan tersebut.

“Ini adalah gerakan pemuliharaan masyarakat yang mendapat sokongan daripada agensi kerajaan.

“Selain itu, ia juga menarik perhatian orang ramai terhadap kepelbagaian biologi di Sarawak dan Malaysia,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan