Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kunjungan Bersejarah Toh Puan Ke Rampangi

KUCHING: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyantuni golongan asnaf di Kampung Rampangi Fasa 2 hari ini.

Kunjungan bersejarah Toh Puan Raghad itu turut disertakan dengan ‘buah tangan’ untuk diagihkan kepada penerima.

Sebanyak 40 penerima dari Kampung Rampangi Fasa 2 dan Kampung Rampangi Skim menerima wang tunai dan bantuan makanan asas.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia merupakan kunjungan bersejarah Toh Puan Raghad di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

“Kedatangan Toh Puan ke kawasan kita merupaka detik manis terutama untuk penduduk yang menerima sumbangan.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan penerima terutama ketika pandemik Covid-19 masih mengganas sekarang,” katanya.

Selain Kampung Rampangi Fasa 2, Toh Puan Raghad turut menyampaikan sumbangan sama kepada penduduk di Kampung Gita Laut.

Seramai 30 penerima pula masing-maisng dari Kampung Kudei Lama, Kudei Baru serta Kampung No.1 hingga Kampung No.6.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan