Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada laporan OKU takut vaksin – Ras Adiba

JOHOR BAHRU, 25 Ogos — Kebanyakan golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini didapati tidak takut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 malah menyambut baik usaha untuk melawan wabak itu.

Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata kebanyakan ibu bapa atau penjaga mereka juga memberi maklum balas yang baik serta tidak sabar agar golongan itu divaksin segera.

“Buat masa ini, saya tidak menerima laporan (OKU atau ibu bapa dan penjaga) menolak vaksin…kerana kebanyakan maklum balas yang kita terima adalah ibu bapa dan penjaga OKU itu sendiri tidak sabar (mahukan) golongan itu divaksin.

“Ini juga antara faktor kami ke Johor Bahru, kerana kami diberitahu ramai sahabat-sahabat OKU termasuk luar bandar tidak sabar ambil vaksin, jadi kami cuba jangkau secepat mungkin, lagi pula OKU seperti kami sudah biasa dengan suntikan, jadi tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena pembukaan hari pertama pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru, Arena Larkin di sini hari ini.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Ahli Dewan Negara mewakili OKU itu berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya menerima laporan berhubung golongan OKU menolak vaksin.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman yang turut hadir berkata 400 OKU termasuk ahli keluarga dan warga emas menerima vaksin di PPV itu dalam sehari dan pembukaan PPV berkenaan juga dilihat bertepatan sekali gus membantu mempercepatkan Johor mencapai imuniti kelompok.

“Saya berharap agar lebih ramai yang mendaftar vaksin bagi memastikan Johor dapat mencapai 50 peratus dewasa menerima vaksin. Saya juga harap kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin di negeri ini untuk kita capai imuniti kelompok,” katanya.

PPV berkenaan yang beroperasi bermula hari ini sehingga 25 Oktober itu dibuka enam hari seminggu, kecuali Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan