Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pesara kerajaan mengaku tidak bersalah pecah amanah 1.77 juta

ALOR SETAR, 25 Ogos — Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah wang milik sebuah wat Siam berjumlah lebih RM1.77 juta, lima tahun lepas.

San Yap a/l Din Ei Yat, 71, bekas ketua penguat kuasa sebuah agensi kerajaan di Perlis, dituduh melakukan perbuatan itu di Wat Boonyaram, Padang Sera, Kodiang, antara 7 Mac hingga 25 Okt 2016.

Tertuduh, bekas timbalan pengerusi wat itu, didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurul Suhaila Baharin.

— BERNAMA

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-