Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peranan Banteras Penyalahgunaan Dadah Usaha Bersama

SARIKEI: Hubungan mantap antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Ketua Masyarakat penting dalam usaha membenteras gejala penyalahgunaan dadah dalam
kalangan generasi muda.

Justeru, sebagai langkah memantapkan lagi hubungan dua hala itu, AADK Sarikei dengan kerjasama pusat sehenti (OSC) menangani isu dadah dan substan (MIDS)
Sarawak menganjurkan Program Community Empowerment di pusat Inovasi Sarikei (SIC) pada Rabu.

Menurut Ketua AADK Sarikei Dalin Nani George, adalah menjadi tanggungjawab bersama Ketua Masyarakat untuk mengetahui tentang masalah komuniti yang berlaku dikawasan masing-masing.

“Matlamat atau objektif program adalah kita nak pihak ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum atau pun tuai rumah bersamalah kita AADK, untuk membantu membenteras masalah dadah di
kawasan mereka sebab kita berpegang pada prinsip lebih baik cegah dan komuniti kita tanggungjawab kitalah. Sebab mereka lebih tahu situasi di kawasan mereka dan mereka lebih tahu
macam mana bertindak di kawasan mereka.” katanya pada Program Community Empowerment di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) disini, hari ini .

Dalin berkata, peranan pemimpin masyarakat bukan sahaja dari sudut pembangunan kampung tetapi juga mencakupi aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti agar
bebas daripada anasir yang merosakkan termasuk dadah.

“Program Community Empowerment ini sebenarnya memang dah dirancang pada beberapa tahun yang lepas lah, tetapi disebabkan oleh masalah covid kita terpaksa apa tu kita terpaksa berhentikan
pada peringkat itulah dan pada masa ini, kita telah mendapat kebenaran daripada pihak SDMC, kita dIpihak AADK dan pihak OSC daerah Sarikei, bersamalah untuk melaksanakan program.” katanya lagi.

Tambahnya, sambutan yang cukup memberangsangkan mampu menyuntik semangat penganjur untuk meneruskan penganjuran program pada masa akan datang di
kawasan lain di bawah pemantauan aadk daerah Sarikei.

Melalui ilmu yang dicurahkan katanya, ketua masyarakat boleh menganjurkan program yang berkaitan di kawasan masing-masing sama ada secara bersemuka atau
dalam talian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan