Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

New Delhi : 16 orang yang dipindahkan dari Afghanistan positif Covid-19

NEW DELHI, 25 Ogos — Seramai 16 orang yang dipindahkan dari Afghanistan dan tiba di New Delhi, didapati positif COVID-19, lapor media tempatan pada Rabu.

Mereka adalah sebahagian dari 78 orang yang dibawa keluar dan tiba di New Delhi pada Selasa, menurut Xinhua.

Ujian saringan dilakukan sejurus mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi dan kesemuanya dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kesemua 16 yang positif itu didapati tidak bergejala,” menurut laporan media.

Sehingga kini 626 orang, termasuk 228 warga India dan 77 rakyat Afghanistan dari komuniti Sikh, telah dibawa keluar dari Afghanistan.

Kementerian Kesihatan Persekutuan pada Isnin mengeluarkan arahan mereka yang tiba  dari Afghanistan perlu menjalani kuarantin sekurang-kurangnya 14 hari.

Kerajaan India berkerjasama dengan Amerika Syarikat untuk membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Afghanistan.

Kabul jatuh ke tangan Taliban pada 15 Ogos selepas Presiden Mohammad Ashraf Ghani meninggalkan negara itu.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan