Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hilangkan kemurungan ketika mengalami banjir

ByKhairil Zharif Affindie

BARAM: Hujan lebat yang melanda sejak Jumaat lalu telah mengakibatkan banjir setinggi tiga kaki pada hari ini di Kampung Long Bemang, Baram.

Pelbagai kerenah dan telatah ditunjukkan oleh mangsa banjir pada tahun ini, seperti apa yang dipaparkan oleh gambar di atas.

Dalam gambar tersebut, seorang wanita menyajikan makanan di atas pelampung ala Bali yang membuatkan ramai terhibur.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Law Poh Kiong, berkata hujan yang kerap berlaku di bandar raya Miri secara tidak langsung mengakibatkan banjir di kawasan pedalaman yang rendah.

Sehingga jam 7.48 pagi tadi, paras air di Kampung Long Bemang mencatatkan ketinggian hingga tiga kaki.

“Jumlah rumah yang terjejas adalah 100 buah, manakala seramai 530 orang penduduk terjejas setakat ini,” katanya ketika dihubungi TVS.

Bagaimanapun, tiada pemindahan penduduk dibuat setakat Ahad, namun penduduk kampung dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga manakala bekalan elektrik ditutup sementara di kawasan yang terjejas untuk keselamatan penduduk.

Selain itu, tiga buah sekolah di Baram juga ditenggelami air iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pengarah Enteri, SK Long Panai, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh. 

Sebuah sekolah yang ditenggelami air banjir di daerah Baram.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan