Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tawar penyertaan pembangkang dalam MPN, Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 satu langkah baik

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Ogos: Penganalisis Politik, Dick Lembang Dugun menyifatkan tawaran membenarkan pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 sebagai satu tawaran yang baik.

Tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri itu katanya bakal memberikan impak dalam merancang serta mencerna idea daripada semua Ahli Parlimen.

“Saya rasa ini merupakan salah satu tawaran yang baik sekiranya ia disusuli dengan peranan, punca kuasa serta bagaimana jawatankuasa yang dikemukakan ini, ditawarkan kepada pembangkang dapat memberi impak bersama kerajaan menangani pandemik COVID-19.

“Ia merupakan satu perkara yang harus dipertimbangkan dan dilakukan oleh pihak kerajaan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Kata Dick lagi, segala idea yang dikemukakan perlu diterima baik dan diberi pertimbangan yang wajar.

Ia juga perlu disusuli dengan keikhlasan dan satu punca kuasa autonomi yang baik untuk memastikan peranan pihak pembangkang ini dapat diterima dan dimanfaatkan.

“Sekiranya pendapat atau tindakan yang dikemukakan itu boleh diguna pakai dalam menangani pandemik ini maka tidak akan berlaku apa-apa penolakan cadangan daripada pihak pembangkang yang berada dalam jawatankuasa ini,” ujarnya.

Pada Ahad, ketika menyampaikan ucapan khas pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Ismail Sabri menawarkan ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan