Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mangsa banjir lumpuh terselamat

ByKhairil Zharif Affindie

LIMBANG , 23 OGOS: Berikutan hujan lebat yang turun tiga hari berturut-turut, Kampung Malaban Lama di sini telah dilanda banjir di mana satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Kampung Buluh Baloi, Limbang di sini.

PPS tersebut bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Malaban Lama.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 7 Limbang, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata empat mangsa dipindahkan ke pusat tersebut hari ini termasuk seorang lelaki lumpuh, dua kana-kanak dan seorang wanita.

“Seramai empat orang mangsa telah berpindah ke PPS Dewan Kampung Buluh Baloi menaiki lori Angkatan Pertahanan Awam (APM) iaitu seorang lelaki dewasa (lumpuh), seorang wanita dan dua kanak-kanak.

‘Ada juga mangsa iaitu dari dua rumah di kawasan berkenaan enggan untuk berpindah kerana merasakan air sudah terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pegawai Daerah Limbang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang, Superi Awang Said mengesahkan pembukaan PPS Dewan Kampung Buluh Baloi.

PPS berkenaan dibuka kira-kira jam 11.30 pagi yang menempatkan empat mangsa banjir.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan