Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PKPD: 576 pek makanan untuk penduduk Pulo Ulu, Pulo Hilir

KUCHING: Penduduk Kampung Pulo Ulu dan Kampung Pulo Hilir yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dari 13 hingga 26 Ogos sekali lagi menerima bantuan pek makanan.

Sebanyak 576 pek makanan asas disampaikan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) berkata, bantuan tersebut disampaikan untuk membantu meringankan bebanan keluarga yang dikenakan PKPD.

“Kita menyedari mereka tidak dapat keluar untuk membeli barangan, jadi bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

“Ia merupakan bantuan kedua yang kita sampaikan di kedua-dua kampung selepas bantuan makanan basah disampaikan sebelum ini,” katanya selepas menyampaikan bantuan pek makanan asas kepada wakil penerima Kampung Pulo Ulu dan Kampung Pulo Hilir.

Menurutnya, penduduk di kedua-kedua kampung juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKPD dikenakan.

“PKPD di kedua-dua kampung ini berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman menasihati penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai supaya terus mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita perlu bersama-sama memerangi pandemik COVID-19.

“Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa walaupun kita sudah menerima dos lengkap vaksin,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan