Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nauraj Singh raih emas di Luxembourg

ByBernama

JAGUH lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berjaya merangkul pingat emas di kejohanan CAS International Meeting, yang berlangsung di Stade Jean-Jacoby di Schifflange, Luxembourg, awal hari ini.

Atlet berusia 29 tahun, kelahiran Johor itu yang kini berpangkalan di Jerman, meraih emas dengan lompatan setinggi 2.18 meter. 

Bagaimanapun, Olimpian itu yang mempunyai catatan peribadi terbaik 2.30m yang dicatatkan pada Kejohanan Terbuka Singapura 2017, yang juga rekod kebangsaan, gagal dalam percubaan terakhir untuk ketinggian 2.21m.

Atlet Belanda Douwe Amels dan Keyvan Ghanbarzadeh dari Iran, yang juga berjaya melepasi 2.18m, masing-masing meraih pingat perak dan gangsa berdasarkan kiraan semula, menurut laman web rasmi Olahraga Dunia www.worldathletics.org.

Nauraj Singh melepasi 2.18m dalam percubaan pertama manakala Amels dan Keyvan, masing-masing hanya berjaya melakukan lompatan pada percubaan kedua dan ketiga.

– BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan