Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rakyat diminta hentikan kemelut politik – Nanta

KUCHING: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyambut baik lantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Tegasnya, lantikan itu harus diakur oleh pemimpin-pemimpin parti serta rakyat dalam menghentikan kemelut politik negara, selain terus fokus kepada isu menangani wabak COVID-19.

“Dengan pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang ke-9, saya berharap ia menjadi penamat kepada kemelut politik yang sudah berlanjutan selama beberapa bulan.

“Selepas kabinet diumumkan kelak, saya berharap ia akan mendapat sokongan semua dan saya yakin beliau akan meneruskan usaha memerangi wabak COVID-19 dan memastikan program imunisasi mencapai sasaran serta memulihkan keadaan ekonomi dengan langkah-langkah yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi.

Berkongsi pengalamannya berkhidmat di Kementerian Luar Bandar ketika diketuai Ismail Sabri pada tahun 2015 hingga 2018, Nanta akui Ismail Sabri sentiasa prihatin terhadap Sarawak.

Justeru, Nanta berkeyakinan pembangunan di negeri ini akan terus diberi keutamaan oleh Perdana Menteri Malaysia kesembilan itu.

“Pengalaman saya sepanjang mengenali beliau, saya berpendapat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah seorang ketua yang boleh dicontohi bukan sahaja kerana sifat profesionalnya malah juga sentimennya dalam memahami keperluan rakyat di luar bandar seperti Sarawak.

“Saya yakin beliau faham akan keperluan negeri-negeri yang memerlukan kemajuan dengan populasi penduduk yang ramai sebagai contoh Sarawak,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan