Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Kenderaan rasmi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di pintu utama Istana Negara hari ini pada 2.21 petang. Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berkaitan dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÂ’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perbincangan khas Raja-Raja Melayu bersama Agong sedang berlangsung

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Pertemuan khas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja -Raja Melayu yang dipercayai untuk membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan baharu kini sedang berlangsung di Istana Negara.

Setakat pukul 2.45 petang tadi, beberapa kenderaan yang membawa Pemangku Sultan Pahang, Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Sultan Perak dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dilihat mula berangkat tiba di Pintu Utama Istana Negara.

Kenderaan terawal berangkat tiba ialah yang membawa Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira – kira pukul 2 petang.

Seterusnya keberangkatan tiba Sultan Kedah, Al -Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada pukul 2.13 petang.

Ia kemudian disusuli pula kenderaan yang membawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang berangkat tiba pada jam 2.23 petang.

Turut berangkat masuk ke Istana Negara ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula berangkat tiba pada 2.32 petang dan diakhiri dengan ketibaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sejurus kemudian, Pintu Utama Istana Negara ditutup dan tidak dapat dipastikan sama ada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut menyertai sesi perbincangan berkenaan.

Keadaan hujan renyai yang sesekali lebat bermula tengah hari tadi tidak menghalang puluhan petugas media yang menunggu di pintu utama Istana Negara sejak awal pagi tadi untuk membuat liputan terkini. -TVS

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan