Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembekalan vaksin ke kawasan pedalaman tetap diteruskan

ByKhairil Zharif Affindie

MIRI: Sebanyak 200 dos vaksin telah dihantar ke Klinik Kesihatan Long Miri, Long Kevok, Long Seridan dan Long Panai, yang terletak di kawasan pedalaman.

Jawatankausa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha membantu penduduk luar bandar mendaftar diri untuk mendapatkan imunisasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Langkah ini adalah pendekatan yang terbaik untuk mendidik penduduk pedalaman agar tahu tentang kepentingan mendapatkan suntikan vaksin bagi melawan virus COVID-19.

Seramai lapan anggota mula bergerak pada jam 9.51 pagi Khamis untuk menghantar bekalan vaksin ke kawasan luar bandar.

Operasi penghantaran menggunakan khidmat helikopter tamat pada jam 2.15 petang.

Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ketua sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga, wakil Pejabat Kesihatan Bahagian Miri Dr Noor Izni, Dr Ahmad Hanis, Dr Umar Izudin, dan beberapa anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri yang diketuai Sidi Masli.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan