Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUANTAN, 21 Jun -- Warga Kuantan Esah Abdullah, 83, disuntik vaksin COVID-19 dos pertama di KPJ Pahang Specialist Hospital hari ini. KPJ Pahang Specialist Hospital merupakan hospital swasta yang terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Para penerima gembira setelah mendapat suntikan vaksin COVID-19 hari ini dan berharap orang lain dapat mendaftar sebagai penerima vaksin bagi mencapai imuniti kelompok. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kepentingan memulihkan krisis kesihatan keutamaan GPS

KUCHING: Agenda utama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memberi sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah untuk mengembalikan kestabilan politik agar kerajaan baharu kelak dapat meneruskan usahanya menangani krisis kesihatan serta pemulihan ekonomi negara.

Menurut Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof, jika isu politik terus menjadi krisis, dikhuatiri ia akan memudaratkan lagi keadaan kesihatan serta ekonomi negara.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof

“Aspek yang penting ialah kepentingan negara dan memastikan kestabilan politik supaya kerajaan dapat dibentuk secepat mungkin dan segala dasar perancangan kerajaan khususnya untuk menangani COVID-19, pemulihan ekonomi negara dan program untuk membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

“Itu tumpuan kita ketika ini. Ia juga untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan baik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya ketika dihubungi.

Pada Khamis, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan medianya turut memberi sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Bagaimanapun, sokongan tersebut tertakluk kepada tiga syarat antaranya hendaklah memastikan ahli jemaah menteri yang bakal dilantik berintegriti, beramanah, dan bebas daripada sebarang pertuduhan mahkamah; meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebesan badan kehakiman, dan menjunjung konsep Raja Berpelembagaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan