Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit Covid-19 mangsa banjir di Yan

ALOR SETAR, 19 Ogos — Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif COVID-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata daripada jumlah itu, tiga orang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani manakala 14 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani.

“Lapan mangsa yang positif kekal di rumah dan berada dalam keadaan stabil manakala empat orang akan tamat tempoh kuarantin esok.

“Empat mangsa pula menolak kemasukan ke PKRC, dan akan mendapatkan rawatan di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beberapa kawasan di daerah Yan terjejas akibat banjir yang berlaku disebabkan fenomena kepala air dalam kejadian petang semalam, yang setakat ini mengorbankan empat nyawa sementara dua masih hilang.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan