Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ismail Sabri dilantik Perdana Menteri kesembilan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos:  Yang di-Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan hari ini.

Keputusan perlantikan berkenaan dimaklumkan  selepas Seri Paduka mempengerusikan perbincangan khas bersama Raja-Raja Melayu di Istana Negara bermula pukul 2.45 petang tadi.

Menerusi kenyataan media Istana Negara, perlantikan Ahli Parlimen Bera itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka telah menerima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat menerusi surat akuan pada 18 Ogos 2021. Seramai 114 Ahli Parlimen telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia merupakan  jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan,”jelas kenyataan berkenaan.

Menurut Istana Negara, proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang esok di Istana Negara.

Seri Paduka turut menzahirkan pandangan bahawa dengan pelantikan Perdana Menteri baharu, maka kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis.

Pada masa sama, jelas Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera.

“Kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati serta bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara,” jelas kenyataan berkenaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan