Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

31 aktivis dikompaun sertai perhimpunan di Dataran Merdeka

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Ogos : Seramai 31 individu dipercayai aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dikenakan kompaun berjumlah RM62,000 kerana menganjur serta menyertai perhimpunan di padang Dataran Merdeka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua mereka dikompaun RM2,000 seorang kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, kumpulan berkenaan mula berkumpul pada pukul 8 malam dan aktiviti berkenaan disedari pasukan pemantau polis.

“Mereka membakar lilin serta memegang kain rentang putih bertulis ‘Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi’. Polis bertindak dengan membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam percakapan, ” katanya menerusi kenyataan media malam tadi.

Noor Dellhan memberitahu, tindakan polis dilakukan mengikut Seksyen 9 (5) , Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Mereka turut dikenakan tindakan mengikut Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit PPN (No 2) 2021,” katanya.

Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan ketika kumpulan berkenaan dibawa menaiki trak polis bagaimanapun situasi terkawal. -TVS

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan