Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga pemimpin tunjuk perasaan Thailand yang ditahan positif Covid-19

ByTVS

BANGKOK, 18 Ogos — Tiga pemimpin tunjuk perasaan antikerajaan Thailand yang disahkan positif COVID-19 ketika berada dalam tahanan dilaporkan dalam keadaan baik, menurut Jabatan Penjara.

Parit Chiwarak, 23, Sirichai Nathueng, 21, Phromsorn Weerathamjaree, 30, disahkan positif awal minggu ini dan dirawat di Hospital Penjara Bangkok.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Thawatchai Chaiwat berkata, Parit diletakkan di bawah kategori kuning (sederhana) kerana beratnya melebihi 90 kilogram dan menghidap asma sementara Sirichai dan Phromsorn di bawah kategori hijau.

Beliau berkata nadi dan oksigen mereka berada pada tahap normal.

“Pemimpin perhimpunan lain yang turut ditahan disahkan negatif COVID-19,” katanya.

Pada 8 Ogos, Parit, Sirichai dan Phromsorn ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis di Bangkok berhubung dengan penyertaan mereka dalam tunjuk perasaan pada 2 Ogos.

Pada keesokannya, Mahkamah Wilayah Thanyaburi menolak permohonan ikat jamin mereka.

Pemimpin protes lain yang berada dalam tahanan termasuk peguam hak asasi manusia, Anon Nampa, Panupong Chadnok dan Jatuphat Boonpattararaksa.

Parit, Panupong, Jatupat, Anon pernah di penjara kerana mengetuai demonstrasi sebelum ini dan dibebaskan dengan ikat jamin pada April.

— BERNAMA 

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan