Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nasi dadah terbongkar

Kota Samarahan, 19 Ogos : Cubaan seorang penghantar makanan menghantar bungkusan nasi yang berisi dadah tumpas setelah dikesan petugas jalan yang mengawal sekatan jalan raya. Kejadian itu berlaku di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru, Kota Samarahan.

Hasil pemeriksaan dari Pihak Polis mendapati di dalam bungkusan nasi tersebut terdapat lapan paket plastik lutsinar berisi ketulan disyaki dadah syabu.

Hasil saringan ujian air kencing, suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Manakala saringan air kencing ke atas penghantar makanan adalah negatif namun turut ditangkap untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan