Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Meow’ Piran selamatkan nyawa warga emas

BODMIN, 18 OGOS : Bunyi jeritan seekor kucing yang ‘mengeow’ berulang kali telah berjaya menyelamatkan tuannya yang terjatuh ke dalam gaung.

Kejadian itu melibatkan seorang wanita warga emas berusia 83 tahun yang dilaporkan telah hilang berdekatan rumahnya pada Sabtu lalu.

Jiran yang khuatir akan kehilangan warga emas itu telah menghubungi perkhidmatan kecemasan kerana mendapati dirinya telah hilang lebih beberapa jam.

Bagaimanapun, seorang pejalan kaki terdengar bunyi ‘meow’ dari seekor kucing yang dikenali bernama Piran. Kucing tersebut berada di atas sebuah lubang di kawasan belukar pada petang hari kejadian.  

Bunyi ‘meow’ kucing itu telah merungkai misteri kehilangan warga emas tersebut yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan. Pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Cornwall dengan segera  memulakan operasi menyelamat warga emas itu.

Warga emas itu kemudian berjaya dibawa naik dan dihantar ke hospital menggunakan sebuah helikopter ambulans.

Menurut Polis Bodmin, warga emas itu kini berada dalam keadaan stabil.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan