Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ketua Menteri Hadiri Majlis Pecah Tanah Pejabat LAKU

MIRI, 18 OGOS: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menghadiri Majlis pecah tanah Pejabat Korporat Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Management Sdn Bhd di sini, hari ini.

Selain itu, upacara Penyerahan Takungan Air Bukit Selatan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) kepada LAKU Management Sdn Bhd turut berlangsung dalam majlis yang sama.

Upacara Simbolik Penyerahan Takungan Air Bukit Selatan oleh JBALB yang diwakili oleh Chang Kuet Shian kepada LAKU Management Sdn Bhd yang diwakili oleh Daneil Punang telah disaksikan oleh Abang Johari.

Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Utiliti Sarawak, Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan