Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ismail Sabri miliki 114 sokongan Ahli Parlimen

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 19 Ogos –  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini mempunyai sokongan seramai 114 Ahli Parlimen dalam ‘perlumbaannya’ untuk dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, angka itu ‘dicapai’ susulan pertemuan kumpulan wakil rakyat terdiri daripada Barisan Nasional (BN) , Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pas dan parti -parti dari Sabah dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, bermula pukul 10 pagi tadi secara berperingkat.

“ Ini merupakan pengalaman yang penting , seramai 114 Ahli Parlimen hadir sokong Ismail Sabri, tadi ada rakan-rakan dari Pas termasuklah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ada yang menghadap secara dalam talian yang kesemuanya lima kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau secara peribadi mahu kerajaan yang bakal dibentuk kelak akan memberi tumpuan untuk mengatasi masalah ekonomi dan COVID-19.

“ Apabila kita mencapai imuniti berkelompok kelak, dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi, saya rasa kita kembalikan mandat kepada rakyat,” katanya. – TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Post navigation

Previous Post

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan