Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bunuh isteri dan bayi perempuan, pemandu lori dihukum mati

SHAH ALAM, 19 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemandu lori selepas didapati bersalah membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhi hukuman itu ke atas Satvender Singh, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Satvender didakwa membunuh D. Kamaljit, 34, dan bayinya Ishilyn Kaur Sandhu di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara 3.55 pagi dan 4.15 pagi pada 14 April 2016.

Hakim Mohd Yazid dalam keputusannya berkata alibi tertuduh bahawa dia keluar rumah untuk bersarapan pada 3.55 pagi di sebuah kedai makan selama sejam setengah sebelum sampai ke pejabat pada 5.44 pagi tidak mempunyai kesinambungan.

“Melalui dapatan mahkamah, tertuduh adalah orang terakhir di tempat kejadian dan keluar dari situ selepas 4.30 pagi, selepas membunuh isteri dan bayinya,” katanya.

Hakim juga menolak pembelaan tertuduh bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rompakan di rumahnya yang telah dipecah masuk.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Pada 17 Julai 2020, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati  pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki berkenaan.

Pendakwaan mengemukakan 16 saksi manakala tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Bercakap kepada media selepas prosiding, adik mangsa yang hanya dikenali sebagai Riyaa, 36, berkata  keluarganya melalui perit getir menunggu keputusan mahkamah yang akhirnya membuktikan tertuduh bersalah.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan