Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bas yang membawa kumpulan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tiba di Istana Negara menerusi pintu 2 untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini. Gambar oleh Zulkifli Che Sab, TVS.

Bas bawa Ahli Parlimen UMNO dan Bersatu tiba di Istana Negara

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Kumpulan pertama Ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara kira – kira pukul 10.30 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sesi berkenaan dipercayai untuk mengesahkan sokongan kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dkatakan sebagai calon tunggal daripada ‘kem’ BN, Pas dan Bersatu.

Antara yang kelihatan termasuklah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang memasuki Istana melalui pintu 2.

Bas itu bergerak dari Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Turut kelihatan ialah kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada pukul 10.45 pagi pula, sebuah lagi bas turut kelihatan memasuki perkarangan Istana Negara dengan membawa kumpulan Ahli Parlimen Bersatu termasuk Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ahli Parlimen Julau (Bebas), Larry Sng Wei Shien.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Dr Ong Kian Ming menerusi Twitternya mengesahkan beliau dan wakil rakyat parti itu tidak dipanggil untuk menghadap Seri Paduka pada hari ini. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan