Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Thailand rancang beli 12 juta dos tambahan vaksin Sinovac

BANGKOK, 17 Ogos — Thailand akan membeli 12 juta lagi dos vaksin COVID-19 Sinovac untuk meningkatkan kadar vaksinasi ketika kerajaan bergelut dengan penularan pandemik disebabkan varian Delta. 

Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata vaksin tambahan itu akan digunakan untuk kaedah campuran ‘mix-and-match’.

Beliau berkata kajian menunjukkan mereka yang menerima dos pertama vaksin Sinovac dan vaksin AstraZeneca untuk suntikan kedua menunjukkan tindak balas imun lebih baik.

“Dos pertama Sinovac akan diberi kepada mereka yang tidak pernah menerima vaksin COVID-19 lain dan dos kedua AstraZeneca untuk meningkatkan tindak balas imun.

“Strategi (mix-and-match) akan digunakan sementara kita menunggu vaksin mRNA yang dijangka tiba  akhir September atau awal Oktober,” katanya pada sidang media.

Thailand memulakan program suntikan vaksinasi pada 28 Februari bermula dengan petugas barisan hadapan diikuti kempen besar-besaran pada Jun menyaksikan lebih 24.1 juta dos telah diberikan.

Rancangan Thailand untuk menggunakan vaksin AstraZeneca keluaran tempatan mengalami kekurangan bekalan menyebabkan sasaran program vaksinasi terjejas. 

Sementara itu, timbalan jurucakap Kementerian Luar Negeri Natapanu Nopakun berkata di bawah pelan pertukaran vaksin, Bhutan akan menghantar 130,000 hingga 150,000 dos vaksin AstraZeneca.

“Perancangan berkenaan adalah berasaskan bahawa Thailand akan menghantar pula vaksin ke Bhutan di kemudian hari. Ia sedang dikaji dan  dipertimbangkan oleh kerajaan,” katanya.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan