KUCHING, 18 Ogos : Seorang wanita cedera selepas siling sebuah kedai menjual pakaian dalam runtuh di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Wan Alwi di sini.
Menurut sumber, dalam kejadian jam kira-kira 10 pagi tersebut, pekerja kedai menjual pakaian dalam tersebut sedang bersiap-siap membuka kedai.
Mangsa yang berusia 34 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapat rawatan selepas dikatakan pitam.
Difahamkan beliau dalam kedaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.
Pekerja keselamatan kemudiannya menutup kawasan kejadian and pengunjung disuruh pulang dan beredar dari tempat kejadian.
Pemberita-pemberita yang berada di lokasi turut dinasihati beredar dari kawasan kejadian.
Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.
Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.