Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seorang hilang dalam kejadian kepala air dan tanah runtuh di Gunung Jerai

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Seorang lelaki dipercayai masih hilang selepas terperangkap dalam kejadian tanah runtuh dan fenomena kepala air akibat hujan lebat petang tadi di Gunung Jerai, Kedah.

Dalam kejadian berkenaan, tiga kakitangan sebuah pusat peranginan di atas kawasan pergunungan berkenaan berjaya diselamatkan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, ketika ini kerja-kerja menyelamat penduduk kampung di sekitar Titi Hayun, di kaki Gunung Jerai masih dilakukan pihaknya membabitkan 24 orang anggota.

“Berdasarkan maklumat awal, sebanyak lima kampung terjejas akibat kejadian ini. Sehingga pukul 8 malam tadi, JBPM Kedah berjaya menyelamatkan keseluruhan seramai 15 mangsa yang terperangkap di sekitar Yan dan Sungai Petani,” katanya ketika ditemubual secara langsung oleh Astro Awani.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zaid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira -kira pukul 4.38 petang tadi.

“Gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Mohamad Syahruzi yang berusia dalam lingkungan usia 40-an masih berlangsung ketika ini,”katanya.

Sementara itu, video dan gambar kejadian berkenaan menjadi tular apabila banjir kilat itu turut menghanyutkan kenderaan di kawasan perumahan di sekitar pekan Yan, Kedah. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan