Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sebelas kluster baharu diisytihar di Sarawak

KUCHING, 18 Ogos — Sebelas kluster baharu COVID-19 diisytiharkan di Sarawak, dengan empat empat kluster dikesan di daerah Kuching, lima di Serian dan masing-masingnya satu kluster di Sibu dan Selangau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan tiga daripada kluster baharu yang dikesan di Kuching adalah kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan DBKU, yang menyaksikan 15 orang telah dikesan positif COVID-19, Kluster Jalan Tenaga (13 kes positif), Kluster Central Park Batu Tiga (12 kes positif), manakala satu Kluster Kampung Muara Tebas (43 kes positif) merupakan kluster komuniti.

Di daerah Serian, empat kluster dikesan dalam kalangan komuniti ialah Kluster Tanah Mawang dengan 54 orang dikesan positif, Kluster Semada (55 kes positif), Kluster Kampung Sungai Lingsat (65 kes positif), Kluster Ensebang Plaie (34 kes positif) dan satu kluster tempat kerja, Kluster Batu 25 Jalan Kuching-Serian (36 kes positif).

Bagi dua lagi kluster masing-masingnya di Sibu dan Selangau yang turut melibatkan kluster tempat kerja ialah Kluster Tanjung Kibong 2 (17 kes positif) dan Kluster Dijih (13 kes positif).

Hari ini kes baharu COVID-19 di Sarawak melonjak kepada 1,403 kes berbanding 835 kes semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 90,810 kes.

Dua kematian baharu direkodkan masing-masingnya di  Sibu dan Kuching, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 491 kes.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan