Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aram mih kitai bela sampal nurun ngundi kena 19 November 2022.

Sarawak pelihara kebajikan rakyat walaupun isu politik nasional sedang curi tumpuan

SIBU, 18 OGOS: Walaupun isu politik di peringkat persekutuan terus mendapat perhatian umum, Sarawak tidak terus membenarkan hal tersebut mempengaruhinya daripada terus menumpukan hal-hal kebajikan rakyat.

Demikian kata Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol.

“Semua sedia maklum dengan apa yang berlaku di Semenanjung dan keadaan ini tidak mempengaruhi kita sangat di Sarawak kerana di Sarawak, kita tidak ada masalah berebut kerusi, meja atau pinggan mangkuk dan kepimpinan kita begitu fokus sekali dalam keadaan kita tertekan oleh pandemik ini untuk memberi sepenuh perhatian kepada kebajikan rakyat,” kata Abdullah.

Ujarnya lagi, pihak kerajaan negeri juga turut menfokuskan projek-projek pembangunan di luar bandar yang telah tergendala ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Fokus kami banyak ke arah memastikan projek-projek pembangunan di luar kawasan terutama sekali projek-projek  RTP yang tertunda disebabkan oleh PKP dapat dilaksanakan dengan segera sebab itulah kamu melihat ramai wakil rakyat terutama sekali GPS turun padang untuk memastikan projek-projek yang tertunda hampir 6, 7 bulan tidak dapat dilaksanakan kerana PKP akan dilaksanakan segera jadi perhatian kami banyak ke arah itu,”tambahnya lagi.

Tambah beliau, kedudukan kewangan negeri yang baik dan suasana politik yang tenang membolehkan Kerajaan Negeri Sarawak menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat di Sarawak.

“Kita menyalurkan belbagai bantuan sehingga 7 pakej yang bernilai lebih daripada 5 billion dan semua wakil rakyat telah di arah oleh Ketua Menteri untuk pastikan bantuan-bantuan ini disalurkan dan disampaikan dengan baik dan bantuan ini dapat disampaikan kerana Negeri Sarawak mempunyai kedudukan kewangan yang baik,” tambah beliau lagi.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Negeri Semop, melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan kepimpinan di peringkat persekutuan disifatkannya lebih memberi tumpuan dalam soal politik berbanding kebajikan rakyat.

“Jadi apa yang berlaku di peringkat persekutuan biarlah mereka sendiri yang uruskan di sana walaupun, itu pun bukan bermakna kita tidak mempedulikan.

“Kita juga mengambil berat apa yang berlaku di sana tapi dalam masa sama kita rasa kecewa dan terkilan kerana sepatutnya kepimpinan di sana lebih memberi tumpuan isu dan kebajikan masyarakat dalam keadaan ditekan oleh PKP daripada mereka menjebakkan diri mereka menjerumuskan diri mereka dalam soal-soal politik, polimik politik yang hanya berkisar dalam soal kepentingan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berharap sesiapa pun yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri akan memberikan tumpuan sepenuhnya bukan sahaja kepada pemulihan ekonomi malah juga kesukaran yang dihadapi rakyat bukannya permainan politik dan kuasa.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan