Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polio muncul kembali di Afrika

KAMPALA, 18 Ogos — Kementerian Kesihatan Uganda pada Selasa mengesahkan wabak polio kembali melanda serta mengisytiharkan darurat kesihatan awam di negara ini, laporĀ Agensi Anadolu.

Pada Ogos 2020, Uganda dan seluruh benua Afrika disahkan bebas virus polio oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kadar imunisasi rutin dan suntikan imunisasi polio yang rendah mengakibatkan wabak polio kembali menyerang Uganda ketika seluruh dunia melawan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Dr Henry Mwebesa berkata virus itu kemungkinan telah tersebar di negara ini sejak dua tahun kebelakangan ini.

Kira-kira 20 negara Afrika telah mengesahkan kemunculan wabak polio dalam tempoh 12 bulan lalu, termasuk tiga negara jiran Uganda.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan