Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pokok hempap kereta, lelaki cedera

GERIK, 17 Ogos — Seorang lelaki cedera di bahagian tangan selepas sebatang pokok tumbang menghempap kereta Perodua Kancil dipandunya sewaktu berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Batu 2 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik petang ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat  berkata kejadian 2.55 petang itu berlaku ketika Mohd Faidzul Mohd Shohor, 42, dalam perjalanan dari Pengkalan Hulu ke Gerik.

Beliau berkata bomba bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan, dan sebaik tiba mendapati lelaki itu telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Anggota bomba memotong pokok dengan menggunakan gergaji berantai dan memberikan rawatan awal kepada Mohd Faidzul, yang kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik dengan menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan dan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan