Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 400 pengusaha Spa, urutan kaki terima bantuan one-off RM1,000 – MOTAC

PUTRAJAYA, 18 Ogos — Lebih 400 pengusaha spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK) disasarkan menerima bantuan kewangan RM1,000 secara one-off  menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata kesemua mereka adalah pengusaha spa dan PUK yang bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf MOTAC iaitu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) serta Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA).

Pengusaha yang layak boleh memohon secara dalam talian di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai esok sebelum permohonan ditutup pada 6 Sept ini.

“MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini bagi meringankan beban yang dihadapi akibat pandemik C0VID-19,” menurut kenyataan itu.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 pengusaha spa bernaung di bawah AMSPA dan 269 pengusaha PUK di bawah MAWSPA.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan