Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan dua maut dan dua cedera parah di Lampu Isyarat Paragon, Jalan Sultan Iskandar, Bintulu malam semalam, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Isteri cedera dipukul kerana mahu periksa telefon bimbit suami

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Ogos : Gara – gara ingin memeriksa telefon bimbit milik suaminya, seorang wanita cedera apabila dipukul dalam pergelutan antara mereka berdua.

Dalam kejadian di Taman Kosas, Ampang di sini kira -kira pukul 4 pagi pada 13 Ogos lalu, pasangan berkenaan pada mulanya berbincang tentang perbelanjaan keluarga.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya  Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha  berkata, ketika itu mangsa yang juga rakyat Indonesia cuba mengambil telefon bimbit suaminya namun tidak dizinkan.

“ Akibatnya berlaku pergelutan membabitkan wanita itu dengan suaminya yang merupakan lelaki rakyat tempatan berusia 21 tahun. Kekecohan itu kemudian dileraikan oleh ibu mangsa yang tinggal berhampiran.

“Punca pergaduhan ialah disebabkan mangsa tidak berpuas hati kerana suaminya yang bekerja di sebuah syarikat kurier sering pulang lewat ke rumah,”katanya.

Ekoran itu katanya mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan mengalami beberapa kecederaan termasuklah lebam pada lengan kiri dan kanan selain kecederaan pada bahagian lutut akibat terjatuh.

Menurut Mohamad Farouk, polis telah menahan suaminya semalam dan direman empat hari untuk siasatan lanjut namun ujian air kencing yang dilakukan menunjukkan lelaki itu bebas daripada pengaruh dadah selain turut tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seskyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan