Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada sampel produk kicap soya termasuk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng jenama ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida. Foto: BERNAMA

Covid-19 : Kes baharu 22,242 tertinggi sejak pandemik melanda negara

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Malaysia hari ini merekodkan 22,242 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,466,512. 

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 6,858 diikuti Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587) dan Johor (1,477).

Sebanyak 1,403 kes pula direkodkan di Sarawak, Kelantan (1,351), Perak (1,036), Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577), Terengganu (487), Perlis (50), Putrajaya (25), dan Labuan (5). 

Semalam, Malaysia merekodkan 19,631 kes baharu wabak itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan