Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 10 April -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA BERNAMA

BN calonkan Ismail Sabri sebagai PM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Ogos : Barisan Nasional (BN) dikatakan mencapai persefahaman untuk mencalonkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri menerusi satu mesyuarat khas semalam.

Mendedahkan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, BN bersetuju untuk mencalonkan pemimpin yang ‘mesra’ dengan semua parti politik.

“Ya, Datuk Seri Ismail Sabri dan beliau juga merupakan bekas Menteri pada Kabinet lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama parti -parti komponen BN di Menara Dato Onn malam tadi.

Sementara itu, seorang lagi MKT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan hierarki, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO merupakan pemimpin paling dekat dengan jawatan berkenaan.

“ Kita sokong satu nama, kita diterangkan BN akan ada rakan gabungan dan mempunyai majoriti iaitu 111,”katanya.

Bagaimanapun nada berbeza dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang enggan mengesahkan nama calon Perdana Menteri yang dipersetujui oleh pihaknya.

“ Keputusan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri kesembilan akan terpulang kepada Yang Di-pertuan Agong.

“Sebenarnya dalam keadaan sekarang, kita perlu beri tumpuan kepada perkara penting seperti tangani COVID-19, pulihkan ekonomi negara dan membela rakyat. Cukup -cukuplah berpolitik,”tegas Hishammuddin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan