KAPIT, 18 OGOS: Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit menerima sekurang-kurangnya sepuluh panggilan kecemasan selepas angin kencang dan hujan lebat berterusan mengakibatkan banyak pokok tumbang sekaligus menjejaskan aktiviti penduduk di beberapa kawasan di sini.
Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada petang Selasa itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit, Erwandy Tugor, pihaknya menerima sekurang-kurang 10 panggilan berhubung kejadian itu.
“Semalam, Kapit telah dilanda ribut di banyak lokasi yang terkesan terutamanya di sekitar kawasan Kapit.
“Sekarang kerja-kerja memotong masih diteruskan dan kawasan -kawasan yang terjejas seperti di jalan BSot out 0.40
Katanya lagi, sehingga pagi Rabu ini, pasukannya masih giat melakukan operasi pembersihan serpihan pokok bagi membolehkankan lokasi berkenaan selamat untuk dilalui penduduk.
Menurutnya, lokasi yang paling teruk terjejas ialah jalan Puan Sri Tiong yang merupakan laluan utama menghubungkan penghuni Kuaters Gunasama Persekutuan Dan Pekan Kapit.
Kejadian yang sama turut dilaporkan di Simpang Pantu, Jalan Ringgit, Bukit Goram, Jalan Antaroh, Taman Ixora dan Kampung Kemarau.
“Selain itu juga pagi ini juga kita menerima panggilan daripada Pantoh dan juga Belakang Lolok. Nasihat saya untuk kejadian-kejadian seperti ini, saya berharap tiada kemalangan jiwa berlaku dan memandangkan Kapit kebanyakannya agak berbukit bukau dan pokok pun tinggi tinggi, jadi risiko untuk pokok tumbang adalah tinggi, syukur alhamdulillah malam tadi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.”
Sehubungan itu, beliau menasihatkkan penduduk kapit supaya sentiasa berwaspada terutama ketika melalui kawasan berisiko terdedah dengan kejadian berkenaan termasuk di tanah tinggi yang berbukit bukau.