KUCHING, OGOS 18: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyuarakan sepenuh keyakinan terhadap Yang Di-Pertuan Agong al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dalam perlantikan Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak turut berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong dalam urusan tersebut.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Pejabat Koporat LAKU Kawasan Miri di Miri pagi tadi.
Politik negara mula bergolak ekoran perletakan jawatan Muhdyddin sebagai perdana Menteri kelapan pada Isnin selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen termasuk cadangan kerjasama bi-partisan yang tidak mendapat sokongan parti.
GPS yang merupakan gabungan empat parti tempatan Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mempunyai 18 kerusi Parlimen.
Daripada jumlah itu, PBB mempunyai 13 kerusi, PRS dan PDP masing-masing dua kerusi dan SUPP satu kerusi.
Pada Selasa, GPS menghadap Yang Di-Pertuan Agong secara atas talian pada kira-kira jam 1.40 tengahari
Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.