Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan Sibu Berjalan Lancar

SIBU, 17 Ogos: Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan yang dilaksanakan pada 15-16 Ogos 2021 untuk Bahagian Sibu telah berjaya menvaksinasikan 16 orang gelandangan dengan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Wong Hie Sieng, gelandangan yang divaksin adalah mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu.

“Mereka adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti kerana mereka sering mendekati orang ramai yang berkeliaran di sekitar Sibu dan antara golongan yang sering dilupakan untuk vaksin,”

“Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak bersama-agensi-agensi terlibat mengambil inisiatif ini agar golongan ini tidak dipinggirkan,” katanya ketika ditemui pada penutupan Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan Bahagian Sibu di Kompleks Islam Sarawak Sibu, pada Isnin.

Mengenai proses vaksinasi dos kedua pula, pihaknya menggunakan pendekatan dimana setiap gelandangan yang telah divaksin akan diambil gambar untuk rekod.

Usaha ini bagi memastikan golongan in dapat dikenalpasti lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Untuk gelandangan kita terpaksa lakukan untuk kita mengenal pasti siapa yang telah divaksinasi bagi proses suntikan dos kedua pada masa akan datang terutama bagi gelandangan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Sibu DSP Ariffin Bahar berkata, tindakan agresif dan keengganan gelandangan untuk menerima vaksin merupakan antara cabaran yang dihadapi pihak terlibat

“Ini kerana gelandangan tidak didedahkan dengan pengetahuan vaksin malah mereka tidak tahu vaksin ini wujud atau tidak. Memang ada sebahagiannya memberi kerjasama dan ada juga yang bertindak agresif. Tiada pilihan..kita suntik sahaja dalam keadaan terpaksa,” ujar beliau.

Dalam program berkenaan, sumbangan berupa kit kesihatan seperti pelitup muka, cecair sanitasi tangan, baju serta sedikit makanan kering diberikan kepada gelandangan yang telah disuntik.

Kira-kira 40 petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi terlibat membantu mengesan golongan gelandangan di sekitar kawasan Sibu.

Antaranya, Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu, Hospital Sibu Dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan