Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis trafik selamatkan tiga sekeluarga daripada hanyut

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Tindakan berani dua anggota polis berjaya menyelamatkan tiga sekeluarga yang berdepan detik cemas apabila hampir dihanyutkan arus deras Sungai Klang yang naik mendadak akibat hujan lebat ketika sedang memancing, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata dalam kejadian pada jam 3.30 petang di tepi Jalan Kuching menghala Jalan Kinabalu itu, sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka dilaporkan terperangkap sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan berani dua anggota polis berkenaan iaitu Lans Kpl Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah yang berpaut pada palang besi untuk menyelamatkan mangsa, mendapat pujian daripada netizen setelah video kejadian tular di media sosial.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan