Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis rampas 14.234 kg dadah bernilai lebih RM1 juta

ByOdleen Catherny

KUCHING, 17 Ogos: Polis telah menahan dua lelaki tempatan berumur 22 dan 24 tahun serta merampas 14.234 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM1,045,250 juta,  wang tunai dan dua buah kereta.

Dadah-dadah yang dirampas melibatkan 17, 838 biji dadah jenis Ecstasy, seberat 7,563 gram dengan nilai RM378,150 dadah jenis Methamphetamine seberat 299 gram bernilai RM29,900.

Turut dirampas, 6 kotak mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 6,372 gram bernilai RM637,200 termasuk wang tunai berjumlah RM3,535 dan dua buah kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahshmon Bajah, rampasan ini adalah hasil daripada empat serbuan yang dilakukan sejak 13 hingga 15 ogos lepas.

“Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kes juga disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 melibatkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara 2 tahun.

Berita penuh di sini:

Sindiket dadah bernilai RM1,045,250, yang berselindung di sebalik syarikat penghantaran, berjaya ditumpas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan