Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PETRONAS taja 301 pelajar cemerlang dalam SPM 2020 dengan nilai peruntukan lebih RM120 million

ByFreddy Bohari

KUALA LUMPUR: PETRONAS telah memberi tajaan pendidikan kepada 301 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2020 untuk melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Teknologi PETRONAS serta universiti tempatan dan luar negara yang terkemuka.

Peruntukan bernilai lebih RM120 juta itu dibuat di bawah Program Tajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).

Ia telah dilanjutkan untuk merangkumi disiplin seperti Biokimia, Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran & Perdagangan) selain Sains Persekitaran untuk menyokong agenda PETRONAS bagi kelestarian dan tenaga lebih bersih.

Menurut Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Farehana Hanapiah, PETRONAS tetap dengan dasarnya untuk melabur dalam pendidikan dan pembangunan modal insan walaupun keadaan sekarang tidak menentu disebabkan oleh pandemik COVID-19.

“”Komitmen PETRONAS untuk mengembangkan tenaga kerja kami yang berbakat tetap teguh walaupun persekitaran ekonomi global sekarang begitu mencabar. Ia merupakan satu usaha yang sudah kami pacu sejak 46 tahun yang lalu. Kami percaya kepada kuasa dan nilai pendidikan untuk mengangkat kehidupan dan memacu negara ke depan,” kata Farehana.

Pelajar tajaan di bawah PESP dipilih daripada lebih 10,000 pemohon dari seluruh Malaysia.

PETRONAS mematuhi sekatan pergerakan COVID-19, dan mengendalikan proses pemilihan dalam talian untuk tahun kedua berturut-turut bagi semua calon yang disenarai-pendek, dalam kolaborasi dengan Kementerian Pelajaran dan pihak berkuasa kerajaan negeri.

Selain pencapaian akademik, PESP turut memberikan penekanan kepada fokus yang dibezakan selain pola pemikiran dan kemahiran kritis dalam kalangan penerima tajaan, seterusnya menggalakkan budaya yang memperkasakan ketangkasan dan inovasi untuk menyediakan mereka bagi landskap kerja yang berubah dengan cepat.

“Kami telah menyediakan beberapa program pembangunan yang khusus bagi para pelajar kami ketika mereka berada di universiti kerana pembelajaran tidak harus dihadkan kepada sukatan pelajaran dalam bilik kelas sahaja,” Farehana menyebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PETRONAS pada hari ini.

“Untuk menyertai tenaga kerja, kita berharap mereka tangkas dan dapat menyesuaikan diri, terutamanya kepada cabaran seperti apa yang kita sedang alami sekarang.“

Sejak 1975, lebih 37,000 warga Malaysia telah mendapat manfaat daripada PESP dengan tajaan pendidikan bernilai lebih RM3.3 bilion untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai disiplin di universiti tempatan terkemuka selain institusi terbaik di Australia, Kanada, China, Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan