Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia Tiada Varian Lambda

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan kemunculan varian Lambda di negara ini.

Tegas beliau, setakat ini kajian penjujukan genom yang dilakukan tidak mengesan kehadiran varian tersebut.

“Tidak betul, kajian penjujukan genom terbaharu menunjukkan kesemua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian Of Concern (VOC) yang dominan. Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita,” katanya.

Varian Lambda pertama kali dikesan di Peru dan dipercayai telah merebak ke 26 buah negara termasuk wabak besar di Chile, Peru, Argentina dan Ecuador.

Lambda dilabel sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan