Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lori jatuh gaung, pemandu maut manakala kelindan cedera

ByKhairil Zharif Affindie

JULAU, 17 OGOS: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera selepas lori muatan batu bata yang dipandunya terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter di Jalan Merurum di sini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nicholas Belulin, mangsa yang dikenali sebagai Raddy Gudet berusia 37 tahun disahkan maut akibat tersepit ditempat duduk di lokasi kejadian.

Tambahnya, kelindan yang cedera pula dikenali sebagai Boniface Beruang, 25, berjaya keluar sendiri dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ng. Sekalong oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

”Pasukan bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” ujarnya.

Seramai tujuh anggota bomba diketuai oleh Nicholas Langi dan empat anggota polis terlibat dalam operasi tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan