Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 28 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat Isnin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28,312,631 dos vaksin COVID-19 telah diberikan setakat Isnin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,252,314 orang manakala 11,060,317 orang menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 52.8 peratus daripada jumlah populasi negara telah mendapat dos pertama manakala 33.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 501,776 dos diberikan semalam dengan 175,874 adalah dos pertama manakala 325,902 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan