Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kilang sawit separa musnah dijilat api

ByKhairil Zharif Affindie

SELANGAU, 17 OGOS: Sebuah kilang memproses sawit hampir musnah 40 peratus dalam satu kebakaran di selangau awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selangau Mohd Shukri Abdul Rahim, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.18 pagi dan sepasukan anggota dari balai bomba penyelamat Selangau dikejarkan ke lokasi.

“Pihak kami menerima laporan mengenai kebakaran sebuah kilang memproses sawit di Selangau yang melibatkan sebuah ‘conveyor’ ataupun alat pengasingan sawit dan tandan sawit.

“Pasukan bomba membuat pemadaman dengan membentangkan hos pada jarak 300 kaki dengan dua pancutan.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.55 pagi,” katanya.

Beliau menambah, operasi tamat pada jam 8.50 pagi dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Kata Mohd Shkri lagi, jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan