Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes baharu COVID-19 masih di paras 19,000

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh negara yang dilaporkan hari ini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan semalam, apabila 19,631 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitter bagaimanapun berkata, jumlah itu berkurangan sebanyak 109 kes jika dibandingkan dengan 19,740 kes yang dicatatkan semalam.

“Angka dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di seluruh negara kini 1,444,270 kes,” katanya.

Beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi berjumlah 5,753 kes, diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765) dan Johor (1,309).

Sementara itu, 1,275 kes direkodkan di Pulau Pinang, Kelantan (1,268), Perak (1,101), Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis (37) manakala tiada kes baharu dilaporkan di Labuan.

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan