Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah Terkini Kes COVID-19

Covid-19: Dua warga emas meninggal dunia, jumlah kes kematian di Sarawak kini 489

ByOdleen Catherny

KUCHING, 17 Ogos: Tidak sampai sepuluh hari disahkan positif Covid-19, dua pesakit warga emas meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian Sarawak sebanyak 489.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kematian baharu ini membabitkan lelaki berumur 79 tahun dari Kanowit dan wanita berusia 77 tahun dari Serian.

Lelaki berkenaan disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos lepas dan meninggal dunia di Hospital Sibu manakala wanita itu pula disahkan positif 11 Ogos yang lalu dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, hari ini.

Kedua-duanya mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, strok dan dislipdemia.

Sementara itu, Sarawak pada Selasa merekodkan 835 kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 89,407.

“Lima kes tertinggi di Sarawak melibatkan Daerah Kuching dengan 464 kes, Samarahan (142), Serian (40), Pusa (33), dan Bau (22),” katanya.

Empat kluster baharu turut dilaporkan di Bintulu, Miri, Sri Aman dan Bau.

Kluster-kluster ini adalah Kluster Jalan Johari Sunam, Bintulu, Kluster Jalan Lembah Hijau, Miri, Kluster Jalan Akses, Sri Aman dan Kluster Jalan Seringgok, Bau.

JPBN Sarawak dalam kenyataannya turut mengisytihar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas Rh. Abel, Kampung Gran Stumbin, Tanjung Bijat, Rh. Randi, Kampung Lachau Kuari, Pantu, kedua-duanya di Daerah Sri Aman, Kampung Goebilt di Kuching dan Kampung Tuie di Pusa.

Sebanyak 13 lokasi pula telah diarah jalani tempoh lanjutan PKPD.

Ia merangkumi Daerah Miri, Subis, Kuching dan Serian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan