Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen terima surat akuan pilih calon Perdana Menteri baharu
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun. Foto: BERNAMA

Ahli Parlimen terima surat akuan pilih calon Perdana Menteri baharu

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Dewan Rakyat hari ini mengutus surat kepada semua Ahli Parlimen untuk meminta mereka menyerahkan surat akuan bagi memilih calon Perdana Menteri yang baharu.

Menerusi surat berkenaan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan budi bicara Baginda mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mungkin mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Muhyiddin tetap ambil berat soal rakyat walaupun bukan lagi PM

“Bagi melaksanakan titah perintah ini, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat supaya menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan,” katanya.

Azhar Azizan berkata, surat berkenaan perlu mempunyai butiran seperti identiti Ahli Parlimen, identiti secukupnya seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat serta tanda tangan setiap Ahli Parlimen berkenaan.

“Ia juga perlu mempunyai tanda tangan serta cop rasmi saksi sama ada peguambela dan peguamcara, pesuruhjaya sumpah, Notari Awam atau jawatan yang setanding bagi Yang Berhormat yang berada di luar negara dan tarikh surat akuan berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, surat akuan itu perlu diserahkan kepada Istana Negara selewat-lewatnya pada esok sebelum pukul 4 petang kepada Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka.

 “Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada dalam kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara dan juga untuk mengelakkan penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau menambah, Ahli Parlimen yang tidak mematuhi perkara dinyatakan atau lewat menyerahkan surat akuan akan menyebabkan pandangannya tidak akan diambil kira.-TVS

Ahli Parlimen terima surat akuan pilih calon Perdana Menteri baharu untuk Dewan Rakyat

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan